Assalamualaikum.
In the name of Allah, the Most Beneficient and the Most Merciful.
Alhamdulillah, hari ini genap 28 hari berpuasa. Esok Ramadhan yang terakhir bagi tahun 2013. Harapnya bukan Ramadhan yang terakhir kepada diri ini. InsyaALLAH, Amin.
Baiklah, sebenarnya tiada benda pun yang bawa aku ke sini. Saja je setelah berkurun lamanya aku tinggalkan dunia blogging. Kehkehkeh.
Aku terfikir untuk tukar URL blog ini. Tetiba je rasa insecure.
Sebenarnya aku tengah keliru nak mohon matrix jurusan yang mana. Aku dari sekolah Teknik, ambil Kejuruteraan Awam. To be honest, masa aku mohon teknik aku tak tahu sepatah haram apa itu KEJURUTERAAN AWAM. Kiranya macam by chance je la aku dapat aliran ni. Yang aku tahu aku nak blah dari sekolah lama sebab aku allergy Bio.
Alhamdulillah, bila dekat Teknik, aku yang datang sana dengan sifar ilmu, akhirnya dapat juga bawa subjek tu. Aku tak berani nak cakap senang atau susah sebab aku takut aku tergelincir dari track. Kehkeh.
The thing is sekarang, aku taknak buat sesuatu yang aku tak minat. Aku taknak 'main redah' macam sebelum-sebelum ni. Aku minat Chemistry, so I hope to be a Chemical Engineer someday tapi based on my researches, mostly of them said Chemistry tak sama dengan Chem Eng. Chem Eng more to Maths. Kalau Maths setakat SPM ni alhamdulillah aku boleh bawa but I know Maths SPM tak sama dengan Maths dekat Matriks or Uni.
Aku sebenarnya minat nak jadi Cikgu. Ceh ceh. Dulu masa sekolah rendah, ustaz aku pernah cakap, "Katakanlah Maslina jadi cikgu suatu hari nanti.." And I'm like "Eyuww" sebab masa tu aku tak suka or tak minat or tak pernah terlintas langsung nak jadi cikgu. But as time passed by, aku mula sedar I'm into kids, and I love teaching. Taaapii....
Bila fikir pasal kejuruteraan pula.. Add Maths aku tak payah cakap laa. Walaupun tak gagal but still.. Gah! Plus, I'm more to theory. Aku tak reti kalau nak buat kerja hands-on ni. :')
No no aku tak tahu nak decide yang mana sekarang nehh. I've been distracted these days. Takpe, aku nak bincang dengan abang aku dulu, then nak jumpa Kaunselor. :/
Oh ye. Aku terpilih untuk PLKN siri 11/2014. Perasaan masa tu? Happy sebab aku memang nak pergi sebab joining the National Service memang termasuk dalam list what-to-do-next after SPM.
Memandangkan kalau cuti aku memang terperap dalam rumah, nak siram pokok atau menemani askar-askar kecil aku bermain di halaman rumah pun aku tak kuasa, so aku rasa PLKN ni bantu aku untuk isi masa lapang dengan perkara berfaedah. Plus nanti boleh loss weigh. Kalau duduk rumah nak loss weigh, hm harom. Bak kata Mak sedara aku yang juga merupakan jiran aku, kalau nak tengok muka aku tengok masa Raya je la. Wakaka. It does not mean yang aku anti-social tapi seriously aku pendiam di kalangan saudara mara. But if you get to know me better, aku banyak je cakap. Kuikui but still sometimes aku consider diri aku sebagai pendiam sebab aku lagi suka diam. That's it.
Oh kayyyyy nak cerita pasal RAYA!
Tahun ni first time aku beli baju kurung sampai lima. Dua baju kurung, baju kurung moden, mini kurung and peplum. Blouse? Tak beli langsung. Jeans? Abang aku yang belikan. T-shirt? T shirt yang aku beli masa nak pergi kem tak terpakai lagi. Ni lagi satu sifat aku. Selalunya baju-baju yang aku beli biasanya aku akan pakai sekali je. Yup, seriously. Ada satu tahun tu, aku beli baju kurung moden. Mahal kot tapi aku tak pakai langsung. Nope. Aku pakai, just untuk try je. -_- Same goes to baju kebaya and baju kurung pahang. Hahaha aku pakai sekali je.
Dan untuk tahun ni, aku tak rasa yang aku akan pakai peplum. Hokhok habislaaa kena sound lah lepas ni.
Lagi satu, aku teringin nak ada kampung. Walaupun rumah nenek aku tu selang beberapa buah rumah je dari rumah mak aku yang aku tinggal ni, tapi that feeling 'balik kampung' tak pernah lagi menerpa dalam diri aku ni. hekhek. So aku memasang cita-cita untuk berkahwin dengan lelaki yang ada kampung jauh-jauh. Kalau boleh Perlis nun. LOL
Ok, merepek. Hati aku masih lagi dekat... Allahu, sekolah lagi lah ;')
#JustAnotherQuotes
I'm about to off now. Selamat Hari Raya Aidilfitri everyone. Taqabbalallahu minna wa minkum, shiyamana wa shiyamakum, minal aidil wal faizin. :) Jumpa lagi!