Hi. Do read and follow if you like. Thanks :>

Sunday, November 2, 2014

What If I Told You

If I told you to be my boy
If I told you to be my world
If I told you to hold me down 
Would you come around can you be my lover?
If I told you that I love you
Would you love me back?
If I told you that I miss you
Would you miss back?
Everytime when I talk to you
My heart it beats so fast
Feeling everything that you do
What If, what if I told you?
What If I told you everytime I look around I see your face in front of me, I call you out loud I call your name hoping that you can hear me
I love you a lot and its driving me crazy
I am writing you a song, oh no it's a love letter
I can't live without you believe me I know better.
When I think about you baby you know it hurts but I'm addicted to the pain without it I will feel worse
Word after word can't describe how I feel
The way you think, the way you look and the way you real, the way you sound and the way you talk, I love your ground when you walk the walk
If I could you give the moon and the sun baby I would but all I got to offer is love and will treat you good
I will never hurt you if I do then I am hurting me cause baby you more than just a part of me....




Thanks read Fella {。^◕‿◕^。} Hit like if u like n drop comment

Tuesday, May 20, 2014

Further Study?

Bismillahirrahmanirrahim.
divergent, dreams, theo james, bed, friends, books, lovely, viki, book
Assalamualaikum.
Ini kali kedua ya aku update blog untuk tahun ni. Hahaha nampak sangat pemalas nak tulis entry.
Bukan apa, busy lah. I ada real life kan, takkan nak tercongok depat laptop all the time. LOL jk.
So, kembalinya aku ke sini, sebenarnya tak ada nak cerita apa pun. Kahkah. Cuma rasa semangat nak berblogging balik tu timbul lepas tengok seorang member aku ni aktif berblogging.
So yeah, here I am.
Hari ni, nak pergi buat medical check up.Cuak cuak.
Less than two weeks dah kena lapor diri untuk kemasukan ke IPTA. Ke Pasir Gudang la kita :) Dapat juga Matrik Pahang, tapi gua tak yakin lah. Kalau boleh gua nak masuk form 6 tapi...
To me, honestly, aku lagi suka kalau family yang arrange about my future because I believe they know best. Dengan usia aku yang mentah lagi, kadang-kadang aku sendiri tak tahu apa yang terbaik untuk aku. Lagi-lagi dengan mak kita sendiri, mesti dia tahu apa yang terbaik. Tak ada parents yang nak tengok ada dia susah kan?
Lepas kemasukan ke Uitm, InsyaAllah, kalau ada rezeki aku masuk IPG, aku akan tarik diri sebagai pelajar Uitm PG. :')
Since my mom and family pun bagi full support untuk aku jadi cikgu, so InsyaALLAH, Allah will ease everything in future. Amin. Kalau tak dapat pun, Allah tahu apa yang terbaik.
Aku ingat lagi kata-kata seorang pensyarah IPG masa aku pergi interview haritu, dia cakap, 
"Jangan nafikan hak kita. Kalau Allah dah tulis itu untuk kita, ambil. Mungkin kita minat bidang lain, tapi Allah lagi tahu apa yang terbaik."
See. That's why kita kena sentiasa husnuzon terhadap Tuhan kita sendiri. And people always say "Everything happens for a reason" Maybe kita tak nampak hikmah tu sekarang but as time pass by, someday kita akan realize.
clothes, tumblr, grunge, rad, travel, music, quote, softgrunge, love, indie, beautiful, fashion, hipster, map, vintage, artsy, pale, edit, nature, wanderlust, faded, girl, life, hair, text, cool, photography, blackandwhite, hippie, justgo
Personally, kalau boleh aku nak study jauh-jauh, means keluar dari Melaka. So far sekarang ni kalau keluar pun keliling Melakaje, ke Sepang, soon will be in Johor. Tapi bila fikir balik, aku takut juga nak study jejauh ni. Takut tak pandai jaga diri.
Kalau sekarang ni, ada orang still nak marah kau sebab kau buat salah, marah kat kau ingatkan kau jangan lambatkan solat, or berleter kat kau, you should be grateful. Sebab satu hari nanti bila diaorang dah takde atau kau jauh dari dorg, kau akan sedar dan bersyukur dan nampak kasih sayang diaorang tu kat kau. 
Bila kau duduk sendiri, duduk dengan kawan-kawan, ada ke yang nak ambil berat pasal solat kau semua, makan minum kau, sakit kau. Ada ke?
Hm,panjang jugak aku bebel ek? Hahaha biasa kalau dah terlintas dalam kepala nak update blog, selalu idea stuck je. LOL
Aku rasa  aku nak share pengalaman masa interview IPG haritu. Seronok! And I gained new experience, and I wanna share some tips yang bila kau bersuara, penemu duga tu dari tunduk-tunduk selak selak buku, boleh angkat kepala pandang muka kau sebab nak dengar apa yang kau cakap! :)
Will post it soon, bye.
Lots of love,
Maslina
  
 


Thanks read Fella {。^◕‿◕^。} Hit like if u like n drop comment

Friday, March 21, 2014

Kem PLKN Princess Haliza


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah masih bernyawa setelah berbulan bulan aku menyepikan diri Wakakaka XD
I just came back from National Service Kump 1 Siri 11 2014. Balik awal. It should be on 18th March tapi Kem terpaksa tutup awal sebab jerebu. Everything in chaos waktu tu. On Friday, sebelum solat Jumaat, TKP bagi ceramah ATM. And then makan tengah hari pukul 12.00 pm then 12.20 kena berkumpul balik dekat Dewan Syarahan, Komanden buat pengumuman tergempar Kem kena tutup ASAP.
Reaksi pelatih? Ada suka, ada gembira, ada tercengang, ada yang taknak, dan yang paling lawak ada yang cakap Komanden sengaja buat prank. Sengal gilooo.
So I actually wanna share with you pengalaman dekat NS. I told you tak rugi pun pergi lagi-lagi kalau kau dapat Kem PLKN Princess Haliza. Trust me, KPH ialah kem paling manja. Seriouslyyyyyyyyy. Plus, orang kata, KPH ni kem terbaik seluruh Malaysia. So, consider yourself lucky la eh if you've been chosen.
Firstly, masa datang sana agak boring sebab takde aktiviti. Mengeluh la juga beberapa hari "Macam takde function aku datang sini tak buat pape" Maybe sebab masa tu tunggu budak Sabah Sarawak datang so dia punya management lambat sikit lah kot.
Tapi bila dah start, nahhhh amekkkk kauu setiap masa kau pack, ada je benda yang kau nak buat. Tiring but exciting. Pada aku biasa je lah time management, takde rasa penat sangat. Maybe sebab sesuai dengan aku kot. And aku takda lah byk complain sbb aku memang nak masuk NS. Wkwkwk
Antara event yang ada kat sana
Ceramah Angkatan Tentera Malaysia
Ceramah Bomba dan Penyelamat
Ceramah RELA
Ceramah Derma Darah
Kempen Derma Darah
Ceramah Badan Sukarela Khidmat Negara
Promosi Masuk U
Menembak M16
Kembara Halangan
Ikhtiar Hidup
Wirajaya
Tempur Tanpa Senjata
Aktiviti Air (MMU Cyberjaya Pool)
Flying Fox
Ceramah Pengurusan Kewangan Berhemat
Ceramah Penggunaan Internet
Program Jejak Pahlawan
Program Puisi dan Sastera
Ceramah Pertolongan Cemas dan CPR
Pertolongan Cemas
Navigasi
Bacaan Peta dan Kompas
Tu sikit je T.T yang lain aku tak ingat. Kertas yang aku catit event-event ni dah hilang lah -.-

Aku pun ada masuk Gaya Hidup Sihat. Gaya Hidup Sihat ni untuk orang yang obes. Tapi yang tak obes nak join boleh juga, tapi tak dapat lah Chest Belt dengan Jam. Aku cakap GHS ni best sebab..... setiap petang, lepas habis senam segala bagai kitaorang akan berkaraoke berama-ramai kat dewan syarahan. Hahaha sumpah boleh buat hilang stress. Budak-budak lain yang tak join pandang jealous je la... Hahaha *gelak kejam* Hari-hari senam tapi aku turun dua kilo je wakakaka mungkin sebab hati senang duduk sana ;P
Lepastu, cikgu-cikgu kat sana pun okay lah kot. Rasanya macam jarang kena marah. Kalau marah guna mulut tu biasalah kan.. tapi memang kem kitaorang ni manjalah. Ce mu bayangkan kadang-kadang kalau kitaorang nak makan KFC, Cikgu sanggup layan belikan untuk kitaorang.Order cheese leleh pun cikgu tolong jugak. ;') Ada lagi satu malam tuu Cikgu belanja Nasi Goreng Kampung dengan Air Milo Ais sebab tolong dia. Wkwkwk Air Milo AIS tu sangatlah bermakna okay sebab kau TAK AKAN dapat minum air sejuk secara percuma dekat Dining unless kalau kau beli dekat Tesco (koperasi which we called them Tesco) hihhi
*dalam bilik meeting*



And then, aku dengar cerita juga ada kem lain yang jarang dapat pakai baju awam bersopan selalu tapi dekat KPH ni atas budi bicara pegawai bertugas waktu malam sometimes hari bekerja pun dia bagi kebenaran pakai baju awam bersopan. Hujung minggu lagilahh...
Plus, dekat KPH ni juga phone boleh dapat Hari Jumaat sampai Hari Ahad ;P Tapi kalau Hari Sabtu ada program, then dia akan bagi lepas habis program. Oh yeee tidak lupa juga, biasa kalau waktu PT(physical training) pukul 6.45-7.30 & hari weekdays Medic memang penuh laaa tapi sebaik sahaja pelatih-pelatih dapat phone, subhanAllah Medic kosong bhai. Kiranya phone ni pengubat segala penyakit.
Lagi, kalau waktu Riadah, korang bebas buat aktiviti. Nak joging, nak main bola itu bola ini, nak main badminton, nak lepak dekat padang kawad, nak lepak kat tepi-tepi sambil tengok orang beriadah, nak dating UPSSSSS nak masuk dorm, nak tidur, nak tengok tv, nak mandi buatlahhh apa yang kau nak. Waktu riadah 5.30-6.30 ptg ni jugak waktu fav aku. Selalunya ada match antara company. So kitaorang ramai-ramai akan beli air, beli segala snack dekat Tesco tu sambil tengok match terjerit-jerit bagi sorakan Haha
Tapi serius seronok tau. :')

Aktiviti kerohanian pulak, untuk Muslim setiap malam Rabu dan Khamis. Selalunya ustaz buka Cerita kat Surau, cerita Tanah Kubur ke, Cerekarama yang ala Islamik ni untuk kitaorang tengok. Best lah jugak! Oh ya! Dekat dorm ada bilik rehat. Dalam bilik rehat tu ada TV, so you guys boleh tengok TV tu bila-bila masa je. Public phone pun ade dalam bilik rehat. -_- So kau nak makan, nak bergayut, nak lepak, nak baca majalah, nak tengok TV buatlah takde sape nak halang. Seronok takkkk? ;D


 Back to the topic, selain tengok movie, kadang-kadang ada ceramah. Solat 5 waktu semua dekat surau ye. Jangan ngengada solat dalam dorm ;p

Bagi yang Buddhist, and Christian setiap Ahad kena pergi sembahyang. Hindu pun sama, Jumaat malam korang kena pergi Kuil. And ada Kelas Kerohanian, setiap malam Rabu and Khamis juga I think.
Selaiin tu, waktu aku tu takde pertandingan kawad antara company sbb tak cukup masa, so kitaorang memang ada buat latihan kawad tp tak lah sekerap yang lain. Macam aku, company Alpha, buat latihan kawad kat tempat teduh kot! Gila tak manjaaa? XD Depends on Cikgu juga la, kalau yang spoting, ape kau nak on je, tapi jangan ambil kesempatan atas kebaikan diaorang pulak wkwkwkwk
Pergi pulak kepada gadget-gadget, kau nak bawak Ipod, mp3, psp, Camera,power bank, chess ke board games apa ke it is up to you. Takde sapa nak halang tapi hilang tanggung sendiri. Kalau phone or Tab kena serah pada JL. Then, bila nak charge, kau charge la kat mana-mana kau nak. Kat Surau, kat dewan syarahan, kat Bilik Rehat, it's up to you too. Aku pernah charge depan pejabat. Gila gentle tak gentle? Wakakak XD Ye bicara tentang phone. Meh aku bagi tips macam mana nak guna public phone tanpa dikenakan sebarang coins. Ada satu public dekat dorm Wirawati tu, kau cuma perlu masukkan 20sen coins yang baru tu je. Then nanti dia akan keluar kredit RM 195.00 then masa tu kau bergayut laa berapa jam kau nak takde sapa nak halang!! Tapi mungkin akan menimbulkan kemarahan pelatih lain sebab public phone tu bukan hak milik kekal kau sorang. Wakaka
Public phone yang mana? Korang cari sendiri k, aku dah bg tips dah cukup baik. ;p
Next, dari segi locker pulak, aku cadangkan bagi gigirl tu bawaklah kotak or make up box so senang barang-barang tak bersepah. Luggage pulak, kau bawak yang paling besar lagi bagus! Aku siap bawak dua bantal busuk! wakakaka XD Cadar, sarung bantal selimut tu semua tak payah sebab kau kena tukar benda tu setiap minggu. SETIAP MINGGU k? Minggu ni cadar warna biru, next warna coklat, next warna kelabu... Tapi selimut cadar warna coklat serius best gilaaaa. Hahaahha -.-
Okay, motif gambar tingkap? Sebenarnya salah satu hobi aku juga dekat kem ialah mengusya orang dekat padang kawad melalui tingkap. Tapi kena panjat katil dulu. Wakaka. Oh ye. Dekat sini juga, sumpah wa cakap lu, aku kena gigit nyamuk dalam 2 atau 3 kali je. Lepastu dah tak kena dah sebab dia ada pasang jaring tak bagi nyamuk masuk wkwkw XD
Hari lawatan keluarga pulak Hari Ahad. Hari Ahad tu memang free gila. Perkataan "bosan" akan keluar dekat mulut pelatih bila tiba hari Ahad. Waktu melawat pukul 9-5 petang. So company bertugas je yang terlibat. Waktu ni Alpha bertugas. ;)
*duty dekat pondok Guard. Best duh. Parents orang lain bagi Pizza. Haha. Dapat Kuih, Dapat CocoPie perisa Strawberry, dapat Karipap, Dapat Kerepek made in Sarawak, dapat Buah Tembikai hihii kenyang perut bertugas kat sana. ;p*
Yang tak terlibat tu duduk dalam dorm diam-diam. And hari Ahad ni lah Hari Kenyang Sedunia sebab parents-parents yang datang bawak makanan. So kalau parents korang tak datang pun takpe. Tak kelaparan pun. Setakat ni, waktu parents datang, Kitaorang dapat makan spaghetti, sate, KFC, Secret Recipe, Dominos, Pulut Kuning dan Rendang, Donut, Kek Batik dan segala Kuih lah! 

Next, kem ni juga bertuah. Macam haritu, Alif Satar datang kem kitaorang! Then, Pengarah PLKN sendiri datang KPH ;') Ada lagi seorang tu, tapi aku tak ingat lah nama dia. Orang terkemuka jugak la. Then, sepatutnya malam penutup Pengarah apa ntah nak datang, tapi tak jadi sebab Kem kitaorang kena tutup awal. Malam penutup yang paling simple tapi bermakna! :')
Lastly, tengok la gambar-gambar sekitar kem ni hahhh. :D











 Ucapan terakhir, hahaha siapa-siapa yang dapat NS tu korang memang bertuah sangat. Apa yang korang belajar, korang ambil dan praktikkan dalam diri korang sendiri. Ceburkan diri dalam semua aktiviti. Aktiviti dekat sana memang BANYAK dari segi fizikal ataupun multiskill. Yang penting, menyeronokkan. Kat sana jangan stress, have fun! I wish best of luck to you guys, moga dapat survive wakaka ;P
Lots of Love,
Maslina.




Thanks read Fella {。^◕‿◕^。} Hit like if u like n drop comment