"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati dengan orang juga berdosa, tetapi lebih besar dosanya kita berkecil hati"
Kenapa orang kecilkan hati kita ? Kita pula yang berdosa ?
Then I asked my that why .
Ayah : Jika seseorang menghina kita , dia berdosa . Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia , kita juga berdosa . Tetapi dosa kita lebih besar daripada dosa dia .
Anak : Uikkk... tapi kenapa pulak ? Kita tak buat apa-apa pun .
Ayah : Kerana orang yang menghina kita itu datang daripada Allah.
Anak : *blur
Ayah : Kenapa kita dihina oleh orang itu , Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu ? Kerana Dia nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tidak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan berkecil hati dengan orang , tetapi berkecil hati dengan Allah.
Anak : Oooo.. ok.
Ayah : Lagi parah bila kite pun cerita dekat kawan-kawan kita . "Dia dah banyak buat aku macam ni.. macam itu " dan sebagainya . Dan kawan-kawan kita pula cerita dekat kawan-kawan yang lain . "Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia.." jadi keredhaan kita kepada Allah itu akan lesap.
Anak : *termakan cili
kesimpulannya, Jangan mudah terasa hati , Maknanya kita tidak redha dengan ujian Allah. Nanti Allah pun tidak redha dengan kita . Na'udzubillah.
Sebenarnya , setiap kali orang memuji kamu, Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullahalazim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah telah menutup aib dan kelemahan kamu . :)
Begitu juga jika kita ditimpa ujian , terimalah dengan hati yang terbuka, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Allah menguji kita berdasarkan kemampuan kita , DIA tidak akan menguji diluar kemampuan hambanya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui . :)
Suka entry ni.. :D
ReplyDeletebaru taw bkecil hati pun blh mdatangkan dosa apatah lagi membuat org lain bkecil lain.
hihi....oke3..jgn mudah berkecil hati..
ReplyDeleteSuke suke :D Baru tahuu. Thanks berkongsi ilmu.
ReplyDeletewelcome ! :D NO Biggie
ReplyDeleteterime ksih mengingatkan diri..
ReplyDelete