Hi. Do read and follow if you like. Thanks :>

Sunday, June 24, 2012

Allah sedarkan aku melalui kekecewaan



Assalamualaikum. Baiklah awak. Sila stopkan lagu yang kat dalam blog ni dan cuba dengar lagu autoplay yang touching ni. Dengar tak lagu tuu? Huhu menangis kita time dengar instrumental music ni.

Lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya berkahwin, maka lelaki itu fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang melamarnya, berjumpa dengan kedua orang tua perempuan tersebut, maka lelaki itu lebih beragama dan bermaruah. -Via AkuIslam.com

Bahagia yang dicari bukan cinta duniawi, tetapi cinta hakiki, iaitu milik Allah.

Hari ni aku terjatuh, dalam mengejar cinta manusia. Aku lalai, aku leka. Aku dambakan cinta, tapi yang aku cari cinta manusia, sedangkan cinta Allah jauh lebih abadi.
Hari ni aku jatuh, aku menangis. Tapi aku sedar, Allah sentiasa ada dengan aku.
Walaupun seisi dunia meninggalkanku, Tapi Allah tetap berada disisi. Maka aku letakkan Allah tempatku bergantung harapan..kerana aku tahu, kerana aku yakin, sebaik baik perancangan, sebaik baik aturan, adalah daripada ALLAH.

Hari ini..
Hari ini aku kejar cinta manusia, tapi aku tak tahu bahawa bahagia aku itu akan tukar jadi derita.
Ingat tak masa kita baru-2 kenal. Saya tak tahu kenapa saya boleh suka awak macam tu sekali. Mungkin agama yang ada pada awak buat saya tertarik. Tapi hari ni, awak cakap kat saya, awak takut hati awak berubah. Saya sedih. Saya kecewa. Tapi saya salah, awak dah mengajar saya bahawa sebaik-baik perancang, Allah adalah yang terbaik. Awak dah ingatkan saya tentang kuasa Allah secara tidak langsung. Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.

Kalau sebelum ini, saya selalu tunggu awak. bukan selalu. Hari-hari. Tiap-2 hari saya ada sebut nama awak. Cerita dekat kawan-kawan saya. 'Cepatlah waktu dua minggu berlalu', saya tunggu awak balik. Tapi saya salah, awak dah mengajar saya bahawa yang sepatutnya saya ingat ialah ALLAH, yang sepatutnya saya fikir ialah MATI yang semakin hampir dengan kita secara tidak langsung. Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.

Hari ini saya terjatuh, saya luka..Saya tak dapat terima apa yang saya rasa. Lalu saya terfikir kenapa Allah kurniakan bahagia itu sementara. Saya sedih. Tapi saya salah, rupanya awak dah mengajar saya bahawa Allah begitu sayang akan hambaNya. Awak dah sedarkan saya bahawa Allah sedang menjaga saya daripada terus bergelumang dengan dosa dan maksiat daripada memikirkan seseorang yang tidak halal.

Tapi hari ini, saya sedar bahawa hati manusia ini Allah yang pegang. Bila saya fikir, saya duduk diam-2, rupanya saya bertuah dari orang lain. Sebab apa? Sebab tak semua apa yang Allah uji dekat saya, terjadi pada orang lain. Bila ujian datang dalam diri manusia, bermakna Allah sedang rindukan manusia itu. Beruntungnya saya. Mungkin hari ini saya kehilangan cinta awak, tapi saya digantikan dengan sesuatu yang berharga, saya dapat rasakan cinta Allah, saya letakkan harapan saya kepada Allah, saya belajar terima Qada' dan Qadar dari Allah dan saya belajar bersabar. Terima kasih awak, sebab dari awak saya mula sedar akan semua ni. Walaupun Allah sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa. Alhamdulillah. :)








Thanks read Fella {。^◕‿◕^。} Hit like if u like n drop comment

1 comment: